Teman nih dulunya memang kaki karaoke. Cuma sekarang nih tak berapa ada masa nak melawat. Lagipun kaki2 karaoke teman semuanya dah takde. Kalu ada pun, rumah dema semua jauh2. Pastu kena pikap plak tuh. Mana la teman larat. Udah la pegi sorang, balik umah pun nanti sorang gak. Kalau siang mampu la digagahkan. Kalau malam, haru!
Dulu teman kalau berkaraoke, suka sangat pegi ke MTV Karaoke di Ampang Park. Tidak pun pegi cawangan2 dia di Imbi Plaza atau Klang Parade. Tapi dema nih lambat update lagu2 baru. Teman teringin nak nyanyi lagu2 Faizal Tahir, tapi sampai sekarang hanya ada lagu Mahakarya Cinta aje. Ndak jugak teman melalak lagu ‘Cuba’ ke, ‘Sampai Syurga’ ke. Tapi sampai sekarang takde. Teman ingat lepas ni teman nak menjenguk Redbox Ria plak kat Sogo. Dengornya berlambak lagu2 baru, macam lagu Estranged ‘Yang Pernah’ atau ‘Aurora’.
Masa mula2 kembali berkecimpung dalam bidang karaoke nih pada tahun 2006, teman pakai redah aje bila nak nyanyi. Takde persiapan pun. Last2, bila sampai sana, baru nyanyi 2-3 lagu, dah takde idea.
So, bila kome2 nak pegi karaoke, teman rasa kome perlu ada persiapan seperti dibawah nih:
- Sediakan senarai lagu2 yang ingin dinyanyikan. Sekurang2nya kome fokus pada lagu yang hendak dinyanyi, dan tidak buang masa tercari2 lagu pada terminal komputer;
- Jaga suara beberapa hari sebelum sesi karaoke. Jangan nanti bila nak kara, suara takde la, batuk la, dll;
- Bawak makanan & minuman yang secukupnya (kalau boleh bawak masuk makanan dalam bilik karaoke). Selalunya makanan & minuman dalam kedai karaoke tuh mahal ya amat;
- Jangan lupa bawak mp3 player sebagai rujukan. Selalunya kita terlupa nama lagu. Bila lupa, bukak la mp3 player dan cari lagu apa yang berkenan;
- Buat homework sikit dan cari lagu2 terbaru. Jangan la dok asyik bantai lagu rock kapak aje. Sekali sekala oke la gamaknya, tapi kalau dah selalu, mau kematu telinga orang2 lain yang mendengarnya.
- Pakai pakaian kome yang paling selesa sekali. Mana la tau, kalau pakai seluar yang ketat2, payah pulak nak tarik lagu2 tinggi nanti;
- Kalau boleh, pegi la melawat pusat karaoke kegemaran anda pada off-peak hours, iaitu antara pukul 12pm hingga 6pm. Dan elak pegi pada hari cuti, Sabtu dan Ahad. Sebab apa? Huih, nanti orang beratur nunggu nak masuk bilik karaoke.
Nota: Ulasan teman di atas ni bukanlah satu jemputan untuk kome2 berkaraoke dengan teman, tapi hanyalah sebagai panduan semata2. Tapi sesapa yang ingin berkaraoke dengan teman, jangan lah segan2 dan hubungilah teman dengan kadar segera.

