Dalam masyarakat kita, memang susah nak pisahkan antara adat dan ugama. Orang kita dah beratus tahun wujud di muka bumi ni, dan lebih awal dari kita memeluk Islam. Oleh itu, kadang2 orang kita akan keliru akan jalan mana yang patut diikut. Adat atau ugama? Mana yang lebih penting?
Sebagai contoh, persediaan orang kita untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mengikut ada yang selalu, mula2 akan diadakan majlis merisik (mungkin secara kecil2an). Sesetengahnya langsung tak buat majlis. Hanya kunjungan ke rumah yang ingin dirisik. Selepas risik (dan risikan diterima), maka akan ditetapkan pula tarikh untuk majlis pertunangan dan seterusnya, majlis pernikahan.
Semasa majlis pertunangan pula, akan diberi cincin sebagai tanda bahawa kedua2 pihak sudah bersetuju untuk bernikah dan dah kena “book”. So far, kesemua aktiviti adalah berunsur adat. Sekarang tiba waktu ugama pulak, iaitu pernikahan. Pernikahan dilangsungkan secara akad, dan mengikut lunas2 dan undang2 ugama Islam.
Pointnya di sini adalah, perlukan kita “skip” semua adat2 itu dan terus kepada pernikahan? Perlukan kita membuat hanya perkara yang wajib?
Cuba bayangkan segala hantaran yang perlu disediakan oleh kedua2 pihak. Mengikut adat, jika pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran, pihak perempuan perlu membalasnya dengan 9 dulang hantaran. Cuba bayangkan berapa duit yang kita boleh jimat jike kita “skip” bab ini? Terutama dalam Islam, segala penjimatan adalah digalakkan dan pembaziran amat2 dikeji.
Cuba2 anda renungkan…


June 17th, 2009 at 9:54 am
Aik????? Bunyi macam nak ikut jejak sepupu ko tu je….
June 17th, 2009 at 10:13 pm
sepupu akuh tuh masyuk, akuh idak…