Jumaat lepas teman rasa nak dinner awal sket. Tapi tak tau nak makan mana. Tetiba teringat ada kedai makan dekat2 dengan ofis teman yang teman tak pernah pegi lagi. So teman pun pegi la ke kedai ni nama Warung Kopi Mak Jah, yang terletak di USJ Sentral 3, berhadapan dengan Giant USJ1.
Kedainya agak kecik. Kalau orang ramai, dah tentu tak muat. Tapi masa teman pegi, langsung takde orang. Teman memang suka kalau makan kat tempat yang kurang/takde orang. Lebih privacy dan takde hiruk pikuk.
Teman pun order Nasi Goreng Mak Jah Special. Nampak macam biasa tapi istimewa rupanya. Ada telor dadar telor mata, sambal udang (alamak, masa teman tulis nih pun teman boleh terliur), timun, tomato dan papedom. Harga agak berpatutan dan rasanya enak.
Satu lagi order teman ialah nasi beriyani ayam. Rasanya sebijik macam beriyani Batu Pahat. Authentic sungguh. Portionnya pun agak generous. Yang ini teman rekomen.
Air yang kami minum ada pelik sket. Yang pertama, air epal kasturi. Pelik jugak rasa epal bila campur dengan limau kasturi. Tapi rasa airnya unforgettable. Yang kedua, air kedondong asamboi. Bila teman minum aje airnya, terus fikiran teman melayang ke zaman teman umur teman lebih kurang 5 tahun. Masa tuh zaman budak2, teman suka bebeno makan buah kedondong. Hingga sampai sekarang pun teman suka makan buah jeruk kedondong. Yang air kedondong asamboi nih kome kena terai sebab teramat la sedap airnya. Sampai kering teman minum.
Jom kome ke Warung Kopi Mak Jah!
UPDATE (13 Apr 2010): Warung Mak Jah is no longer at USJ Sentral. Apparently the business there is not so good and not profitable enough to keep it afloat.

