Daily Archives: July 17, 2009

Honeymoon

Honeymoon?

Honeymoon?

Kenapa kalau kita tak berapa ada kerja, dan makan gaji buta, orang kata honeymoon?

Bukan ke honeymoon tu (atau makna dalam Bahasa Malaysianya, bulan madu) hanya khas kepada sesiapa yang baru kahwin dan pergi berbulan madu? Kenapa pulak honeymoon dikaitkan dengan peristiwa lain?

Adakah mungkin kerana honeymoon tuh adalah sesuatu perkara yang enak, santai, seronok, tak payah pikir2, tak payah kerja dan sebagainya? Kerana itukah orang mengaitkannya kepada apa2 peristiwa yang enak?

Seperti seseorang yang bekerja tapi hakikatnya dia tiada kerja, dan hanya menunggu gaji pada hujung bulan, kita sebut honeymoon? Adakah sebutan2 di bawah membawa apa2 makna?

  • Ala, diorang tengah honeymoon tuh!;
  • Udah2 la tuh honeymoon;
  • Berapa lama la korang nak honeymoon sambil goyang kaki?;

Adakah perkataan ‘honeymoon’ itu sudah di terlebih guna?


Design a site like this with WordPress.com
Get started