Daily Archives: September 16, 2009

Adakah disebabkan oleh minyak ron95?

RON95

Baru2 ni teman ada la tuang minyak ron95 yang diperkenalkan sejak 31 Ogos tahun ni. Dengornya minyak jenis ni boleh la digunakan oleh kereta Proton teman yang udah 7 tahun nih. Dah dekat 15 hari sejak teman guna minyak ni, teman perasan yang pikap kereta teman ada selow sket. Kalau nak naik bukit tuh, semput semacam. Walaupun kat highway, tekan minyak macamana pun, payah sket nak pegi. Nak potong kereta lain tuh, jangan mimpi la. Teman pun terpikir, adakah ini disebabkan oleh minyak baru nih? Atau faktor lain? Antara faktor2nya:

  1. Teman baru2 nih dah tukor compressor aircon kereta baru jenis Patco (original aircon untuk Proton). Dah dekat setahun aircon teman meragam. Kejap2 aircon dia sejuk, kejap2 lain plak panas. So minggu lepas teman pegi la bengkel kereta untuk check aircon. Sekali cina kedai cakap, kompressor sama cooling coil kena tukor. Since teman nak balik raya jauh nanti, teman pun tukor la. Lagipun kereta dah 7 tahun, kira aircon ni wear and tear la. Takkan tahan sampai 20 tahun kot. Lepas tukor semua, aircon memang sejuk tapi pikap ada terasa sedikit slow;
  2. Kereta teman udah 7 tahun, dengan mileage lebih kurang 125,000km. Kira kereta dah lama, pikap mesti slow?
  3. Teman dah tua, so bawak kereta macamana pun, memang tak laju;
  4. Minyak ron95 memang tak sesuai untuk kereta teman.

Yang mana satu la agak sebabnya? Penin kepala teman memikirkannya.


Design a site like this with WordPress.com
Get started