Category Archives: Productivity

NiNi Miniature Teapots

NiNi

As you’ve probably known, I collects miniature teapots. You noticed that I didn’t used past tense in my first sentence, as I still collects miniature teapots. Not just teapots, but NiNi teapots. Not much is known about the producer of the NiNi teapots (if you google “nini teapots”, bears little result), except the teapots are distributed by a company called S.S. Sarna, which is based in the US.

I started collecting the teapots way back in 1998 and so far I have 12 teapots in my collection. A few years ago, it is quite easy to acquire the teapots, as Metrojaya stocked them in various models. Then suddenly, they stopped selling. And I stopped collecting.

Recently, a fellow collector contacted me via email as she has read an entry in my blog about the teapots. She wrote that she’s also an avid collector and got a few teapots of her own (she got a photo to prove). She also told me that there’s a shop somewhere along the KL-Seremban highway and still sells the pots.

Time to pay the shop a visit.

See my earlier post about the teapots here.


Ramblings: Pengalaman naik tren Komuter & Monorail

Minggu lepas teman ada la masa terluang sikit, so teman pun rasa macam nak berjalan2 di KL dan kawasan2 yang berdekatan dengannya (aka Sungei Wang). Teman sebenarnya malas nak bawak kereta, tapi disebabkan public transport kat rumah teman ni macam hampeh, teman pun buat la plan lain. Mula2 teman nak parkir kereta kat Midvalley Megamall, pastu naik keretapi komuter kat sebelah Midvalley tuh menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral plak teman nak naik monorail ke Jalan Bukit Bintang. Itu la pelannya. Nampak dan bunyi macam mudah kan? Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Sila baca seterusnya.

Kebetulan hari yang teman pilih ialah sehari selepas Krismas. Orang ramai pun mungkin bercuti lagi. Sekolah pun masih cuti la. Teman menjangkakan orang akan ramai yang akan naik pengangkutan awam, tapi teman sungguh tak sangka apa yang bakal teman lalui ini, sungguh2 membuka mata teman.

Jalan menuju ke Midvalley dari rumah teman agak lengang (mungkin orang masih bercuti lagi kot, atau masa masih baru pukul 10 pagi?). Kawasan parkir di Midvalley pun masih banyak dan takde langsung masalah nak cari tempat. Lepas makan2 di foodcourt, teman pun berjalan kaki ke stesen Komuter Midvalley. Punya la ramai orang nak masuk Midvalley dari stesen tuh. Hmmm, alamat tak baik nih, kata hati teman. Teman dah siap2 bawak Touch’n’Go sebab malas nak beratur kat kaunter tiket. Pastu kena tunggu keretapi plak. Papan tanda elektronik kat stesen pulak tunjuk masa yang salah (macamana teman nak budget masa nih?).  Lepas tunggu dalam 20 minit, keretapi pun sampai. Tapi punya la ramai orang! Dah la kat stesen pun ramai orang, dalam keretapi pun ramai! Macam sadin!

Sampai ajer di KL Sentral, teman kena jalan sampai ke luar KL Sentral sebab nak guna Monorail. Apa tengin nya dema ni buat monorail jauh dari KL Sentral? Mengah teman jalan. Udah la kena lintas Jalan Tun Sambanthan tuh, yang mana signal untuk pejalan kaki punya la cepat. Takkan nak suruh teman lari kot lintas jalan? Naik ajer monorail, suasana yang sama teman lalui, iaitu monorail penuh dengan orang macam sadin. By the time sampai Jalan Bukit Bintang, teman dah agak letih sebab kena berdiri all the way dan berpusu2 dengan orang lain.

Jalan2 sekejap di Sungei Wang dan Bukit Bintang Plaza, teman pun berpatah balik ke Midvalley, dan ulang balik langkah teman tadi, iaitu dari Bukit Bintang naik monorail sampai KL Sentral, pastu naik plak Komuter ke Midvalley. Di stesen KL Sentral, diorang dah implement sistem beratur (macam gambar di atas) sebelum naik tren. Ya la, diorang beratur, tapi bila datang aje tren, berebut sumer nak naik. Mungkin sebab takut tertinggal kot. Udah la tunggu tren lama, tertinggal plak tuh. Tak ke naya? Dalam tren plak, teman terpaksa letak beg duit teman kat poket depan. Handphone kat poket kanan dan beg duit kat poket kiri. Pastu dalam tren teman tak sempat nak berpaut kepada apa2, jadi tangan yang free nih teman pegang ajer la poket2 tuh. Nanti dalam kelam-kabut tuh, ada plak kutu yang menyeluk poket teman, lagi naya. Tapi bila suasana dah bersesak2 macam ini, memang penyeluk saku punya field day la. Silap2 boleh kaya dalam satu hari. Kesian teman tengok emak bapak yang bawak anak2. Kalau budak2 tuh tak didukung, memang terselit la kat celah2 orang ramai. Kalau tak berhati2, anak2 tuh boleh tertinggal plak dalam tren. Aduh, nayaaa…

By the time sampai Midvalley, teman dah letih sungguh dari pengalaman naik komuter dan monorail tadi. Badan pun bau semacam sebab berpeluh tak hingat punya, serta berkepit2 dengan orang lain yang tak tentu apa bau dema.

Kesimpulan yang teman dapat: SUMPAH teman tak akan guna public transport dah! Mungkin teman dapat jimat sikit duit dan mungkin jugak contribute kepada kurangnya kereta kat jalan raya, tapi the whole experiences membuatkan teman serik nak guna semua pengangkutan2 awam tu. Teman jadi letih kemungkinan 10 kali ganda daripada jikalau teman bawak kereta sendiri ke Sungei Wang. Walaupun jalan jem, tapi teman masih jimat tenaga kerana dapat duduk dalam kereta dengan suasana yang nyaman, terimakasih kepada aircon kereta teman.

Kepada pihak yang berwajib dan juga pemilik Komuter dan Monorail, tolong fikirkan cara yang lebih efektif dan berkesan dalam menangani bagaimana nak membuatkan pengalaman menaiki kenderaan2 pengangkutan awam ni lebih selesa dan tiada masalah.

Cadangan teman:

  1. Tambah bilang tren dan kekerapan jadual perjalanan;
  2. Sistem tiket yang lebih baik;
  3. Kedudukan stesen yang lebih munasabah;
  4. Bilangan pekerja yang lebih ramai serta peramah (lagipun penumpang yang bayar gaji dema);
  5. Lebih banyak papan tanda di stesen (elektronik atau statik)
  6. Tempat parkir yang lebih banyak dan jangan charge rate parkir yang tak logik (e.g. RM5/sejam);
  7. Kekerapan pemantauan oleh pengurus kanan ke atas seluruh operasi tren2 dema (aka turun sendiri ke padang dan tengok dengan mata sendiri macamana orang2 ko buat kerja).

Jangan ingat nak tunggu gaji aje tiap ujung bulan dan bonus tiap ujung tahun, tapi servis di stesen2 tren macam gampang. Cuba guna otak sikit dan fikir cara nak upgrade servis2 tren tuh. Sampai biler nak duduk kat ofis aircon tuh dan bagi arahan dari jauh ajer? Kerajaan pulak saban masa menyarankan supaya orang ramai guna public transport tiap hari untuk bergerak, tapi apa langkah2 yang berkesan yang diambil? Sampai bila duit income tax kita diorang nak majukan bidang pertanian ajer? Mana pegi priority korang?

Fikir2kan lah sebelum terlambat.


Design a site like this with WordPress.com
Get started