Category Archives: Stupidity

You gotta kidding me, Astro!

Don't buy these!

OK, before I proceed further, let me tell you something about the Astro First, which is a new channel from Astro and was launched on 10th January 2011.

  • It was launched as a ‘near’ video-on-demand (VOD) and has twelve timeslots per day for viewing;
  • The “damage” is RM15 per movie (that’s farking ridiculous!) and valid to view for 48 hours on its dedicated channel;
  • Ordering of movie should be done via on-screen prompts and follow up with SMS;
  • For the time being, only ‘new’ Malay movies are shown;
  • Astro claims that the creation of Astro First is to help new Malay movies to reach a wider audience. And cheaper too, if viewed by more than one person;
  • This channel is different from Astro Box Office (ABO) in term of payment and duration of viewing;
  • Subscribers of Astro Max are unable to view any movie on Astro First. You have to convert either to normal Astro or to Astro B.yond;
  • You can record the movies in Astro First, but miraculously the movies will be deleted after 48 hours of recording.

This is what I’m gonna say:

  • What the hell are you thinking, Astro?
  • By creating a channel something like this, the cinemas will run out of customers!
  • Charging RM15 per movie is damn expensive. You better off charging a one-time payment for ALL movies and viewable in a month. Better still, just put the option in ABO;
  • All the Malay movies are crap! There are better ways to help them prosper. And definitely not this way.
  • Without you realising it or not, you’re encouraging piracy. When people don’t want to spend money at the cinema, they’ll watched it by getting their hands on some pirated DVDs, or even downloading it from the web. And your stupid pricing didn’t help;
  • Well done, Astro! You’re a blood sucking asshole, just like the telcos!

New Torres ad for Maxis


Bas, oh bas!

Teman nak mengomel dalam bahasa teman hari ini.

Gambar hiasan semata2

Asei teman bukak surat khabor (newspaper) aje, tiap minggu mesti ada cerita pasei bas eksiden (accident). Kalau tak bas eksiden kat Genting, mesti ada yang terbabas kat PLUS highway. Kalu udah terbabas tuh, ramei plak orang yang meninggal. Tak kira bangsa, jantina atau umor. Semua jalan. Tapi pernah tak kita pikior, salah sape sebenornya yang mengakibatkan eksiden2 ini terjadi?

Tiap kali bila saja ada eksiden, kemungkinan besor pemandu dia pun akan meninggal sekali. Sebabnya? Dia duduk depan sekali dan tak pernahnya dema nih ada seatbelt. Bila eksiden, samada dema tersepit kat kerusi ataupun melambung keluor. Kalu idup, polis ataupun media sempat la interview dema. Dari situ mungkin kita tau sebab eksiden. Antara kemungkinan2nya:

  1. Pemandu mengantok;
  2. Brek tak makan;
  3. Mengelak kenderaan lain dari depan.

Tapi pada pendapat teman, dema2 nih rata2 bawak bas secara laju. Kalu teman bawak kereta kat NKVE, jarang beno teman tengok bas perlahan. Walaupun ada tulis kat belakang bas tuh bahawa kalau kat highway, kena bawak 80km/j. Tapi dema bawak melebihi top speed highway tuh sendiri! Macam semalam, teman bawak kereta balik dari Ipoh (ate, cuti Deepavali lama, teman pegi bercuti la), teman takde la nak balik rushing2 sebab takde apa nak kejor hari Isnin tuh, teman bawak constant 100-110km/j. Tapi teman tengok sikit punya banyak ke bas yang motong teman! Laju2 pulak tuh! Kurang2 dema bawak dalam 120-130km/j. Udah lepeh speed limit tuh! Gila ke haper?

Patut la banyak bebeno eksiden bas sekarang. Dema pun bawak bas tak pakei otak. Kalu kerajaan udah letak peraturan, bas atau lori kena bawak 90km/j kat highway, mesti la ada sebabnya. Bas tuh udah la berat, bawak ramei orang plak. Kalu brek, mesti makan masa punya. Ingat kalu ada emergency, sempat ke brake mengejut, dengan bas yang berat dan besor tuh? Kalu ya pun sempat ngelak, arah mana nak dituju? Ke gaung? Ke penghadang jalan? Ke kenderaan lain?

Ini dengor cerita plak, ada pemandu bas yang takde lesen bawak bas. Tokei bas plak lari entah ke mana bila bas dema eksiden. BTW, lu mana mau lari beb, ini Malaysia la. Lu lari celah batu mana pun, garenti sikit hari lagi lu mesti kina punya. Jangan jadi bodoh la.

Teman masa muda2 dulu, memang rajin naik bas. Ya la, naik bas murah dan cepat sampei (idak macam keretapi). Agaknya dulu, bas2 banyak yang lama2, so dema tak boleh nak bawak laju. Sekarang bas moden2 dan mampu pegi laju. Jadi makin bahaya la.

Teman teringat masa dulu, masa teman nak bas Ekpress Nasional Eksekutif Coach (teman pun pernah buat sistem tiket untuk dema). Dema bawak bas sikit punya syok! Kalau speed limit 90, dema bawak la 90. Fuh, kita dalam bas pun seronok sebab takde stress. Makan minum pun ada dalam bas. Kalau nasib baik, stewardess pun lawa (jarang2). Kalau dalam perjalanan dari KL ke Penang, teman tak sedor entah berapa kali teman bangun tidor bangun tidor. Perjalanan sungguh selesa, licin dan menyenangkan. Takde le kita takot tiap kali drebar bas nak potong kenderaan lain.

Apa nak jadi la negara kita sekarang? Masing2 mementingkan diri sendiri.


Antara Adat dan Ugama

Dalam masyarakat kita, memang susah nak pisahkan antara adat dan ugama. Orang kita dah beratus tahun wujud di muka bumi ni, dan lebih awal dari kita memeluk Islam. Oleh itu, kadang2 orang kita akan keliru akan jalan mana yang patut diikut. Adat atau ugama? Mana yang lebih penting?

Sebagai contoh, persediaan orang kita untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mengikut ada yang selalu, mula2 akan diadakan majlis merisik (mungkin secara kecil2an). Sesetengahnya langsung tak buat majlis. Hanya kunjungan ke rumah yang ingin dirisik. Selepas risik (dan risikan diterima), maka akan ditetapkan pula tarikh untuk majlis pertunangan dan seterusnya, majlis pernikahan.

Semasa majlis pertunangan pula, akan diberi cincin sebagai tanda bahawa kedua2 pihak sudah bersetuju untuk bernikah dan dah kena “book”. So far, kesemua aktiviti adalah berunsur adat. Sekarang tiba waktu ugama pulak, iaitu pernikahan. Pernikahan dilangsungkan secara akad, dan mengikut lunas2 dan undang2 ugama Islam.

Pointnya di sini adalah, perlukan kita “skip” semua adat2 itu dan terus kepada pernikahan? Perlukan kita membuat hanya perkara yang wajib?

Cuba bayangkan segala hantaran yang perlu disediakan oleh kedua2 pihak. Mengikut adat, jika pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran, pihak perempuan perlu membalasnya dengan 9 dulang hantaran. Cuba bayangkan berapa duit yang kita boleh jimat jike kita “skip” bab ini? Terutama dalam Islam, segala penjimatan adalah digalakkan dan pembaziran amat2 dikeji.

Cuba2 anda renungkan…


Penangan si Pengkid

Teman balik awei ke rumah arini. Bukan apa, saja nak restkan badan sebelum tengok game manU dengan arsenal pagi nanti. Udah la setat kul 2.45am, alamat tak tidor la teman arini.

Sebelum balik ke rumah, teman singgah dulu kat kedai mamak dekat dengan rumah teman tuh. Maklum lah, sekarang nih musim tak hujan, so panas dia memang tak hingat punya la. Bila panas2 gini, bila pekena teh ais kaw satu, memang syahdu.

Teman duduk la sorang2 kat luar kedai mamak tuh sambil2 minum teh ais kaw, bila teman perasan ada seorang pengkid duduk kat meja sebelah bersama dengan kawan perempuan dia. Kepada sesapa yang masih tak tahu (atau memang tak nak tahu, perkataan pengkid itu berasal dari perkataan Inggeris “pancake”. Ianya ada reference kepada perbuatan meleperkan buah dada dengan menggunakan lilitan kain).

Gambar hiasan semata-mata....

Seperti kebiasaan, pengkid ni kebanyakkannya berpakaian seperti lelaki (beria dia nak jadi lelaki). Uniform dema nih selalunya kemeja lengan pendek belang yang satu saiz lagi besar dari badan diorang, dengan seluar slack baggy. Pastu kalau duduk atas kerusi, mesti duduk terkangkang (ala2 lelaki gitu). Kalau ada awek duduk sama, teman berani cakap yang awek dia mesti cun melecun punya. Siap pakai singlet & seluar pendek lagi.

Teman agak hairan, kenapa ramai gadis yang terpikat secara romantis dengan si pengkid? Rasanya kalau setakat kawan2, mungkin diorang malu nak lepak dengan pengkid. Tapi selalunya kalau teman jumpa couple si pengkid, mesti jalan pegang2 tangan. Kalau bangla jantan jalan pegang2 tangan, teman dah tak heran. Tapi bila tengok pengkid jalan pegang2 tangan dengan awek, teman sedikit hairan lah.

Tapi kenapa aweks2 cun nih rela berkapel dengan pengkid? Adakah:

  • mereka keluar sebagai kawan? Sebagai kekasih?
  • pengkid mengayat power punya? Ya la, dema mesti tahu macamana nak ayat aweks, sebab diorang pun aweks sebenarnya.
  • mereka pun lesbian juga?
  • mereka dah nyampah dengan lelaki?
  • mereka suka akan perhatian orang lain?
  • gemar hidup secara bahaya (living dangerously)?

Pada teman, ini adalah satu gejala sosial yang patut dibendung sekarang, dengan harapan agar gejala ini tidak langsung menular kepada keluarga kita. Sesapa yang ada anak pompuan tu, pandai2 la jaga anak. Kalau teman ada anak pompuan dan tetiba dia keluar dengan pengkid, mampus la teman kerjakan anak teman tuh. Lumat sampai boleh buat sambal.


Design a site like this with WordPress.com
Get started