Teman nak mengomel dalam bahasa teman hari ini.
Asei teman bukak surat khabor (newspaper) aje, tiap minggu mesti ada cerita pasei bas eksiden (accident). Kalau tak bas eksiden kat Genting, mesti ada yang terbabas kat PLUS highway. Kalu udah terbabas tuh, ramei plak orang yang meninggal. Tak kira bangsa, jantina atau umor. Semua jalan. Tapi pernah tak kita pikior, salah sape sebenornya yang mengakibatkan eksiden2 ini terjadi?
Tiap kali bila saja ada eksiden, kemungkinan besor pemandu dia pun akan meninggal sekali. Sebabnya? Dia duduk depan sekali dan tak pernahnya dema nih ada seatbelt. Bila eksiden, samada dema tersepit kat kerusi ataupun melambung keluor. Kalu idup, polis ataupun media sempat la interview dema. Dari situ mungkin kita tau sebab eksiden. Antara kemungkinan2nya:
- Pemandu mengantok;
- Brek tak makan;
- Mengelak kenderaan lain dari depan.
Tapi pada pendapat teman, dema2 nih rata2 bawak bas secara laju. Kalu teman bawak kereta kat NKVE, jarang beno teman tengok bas perlahan. Walaupun ada tulis kat belakang bas tuh bahawa kalau kat highway, kena bawak 80km/j. Tapi dema bawak melebihi top speed highway tuh sendiri! Macam semalam, teman bawak kereta balik dari Ipoh (ate, cuti Deepavali lama, teman pegi bercuti la), teman takde la nak balik rushing2 sebab takde apa nak kejor hari Isnin tuh, teman bawak constant 100-110km/j. Tapi teman tengok sikit punya banyak ke bas yang motong teman! Laju2 pulak tuh! Kurang2 dema bawak dalam 120-130km/j. Udah lepeh speed limit tuh! Gila ke haper?
Patut la banyak bebeno eksiden bas sekarang. Dema pun bawak bas tak pakei otak. Kalu kerajaan udah letak peraturan, bas atau lori kena bawak 90km/j kat highway, mesti la ada sebabnya. Bas tuh udah la berat, bawak ramei orang plak. Kalu brek, mesti makan masa punya. Ingat kalu ada emergency, sempat ke brake mengejut, dengan bas yang berat dan besor tuh? Kalu ya pun sempat ngelak, arah mana nak dituju? Ke gaung? Ke penghadang jalan? Ke kenderaan lain?
Ini dengor cerita plak, ada pemandu bas yang takde lesen bawak bas. Tokei bas plak lari entah ke mana bila bas dema eksiden. BTW, lu mana mau lari beb, ini Malaysia la. Lu lari celah batu mana pun, garenti sikit hari lagi lu mesti kina punya. Jangan jadi bodoh la.
Teman masa muda2 dulu, memang rajin naik bas. Ya la, naik bas murah dan cepat sampei (idak macam keretapi). Agaknya dulu, bas2 banyak yang lama2, so dema tak boleh nak bawak laju. Sekarang bas moden2 dan mampu pegi laju. Jadi makin bahaya la.
Teman teringat masa dulu, masa teman nak bas Ekpress Nasional Eksekutif Coach (teman pun pernah buat sistem tiket untuk dema). Dema bawak bas sikit punya syok! Kalau speed limit 90, dema bawak la 90. Fuh, kita dalam bas pun seronok sebab takde stress. Makan minum pun ada dalam bas. Kalau nasib baik, stewardess pun lawa (jarang2). Kalau dalam perjalanan dari KL ke Penang, teman tak sedor entah berapa kali teman bangun tidor bangun tidor. Perjalanan sungguh selesa, licin dan menyenangkan. Takde le kita takot tiap kali drebar bas nak potong kenderaan lain.
Apa nak jadi la negara kita sekarang? Masing2 mementingkan diri sendiri.


