Tag Archives: Que Haidar

Review of “Misteri Jalan Lama”

Sebelum teman menulis lebih lanjut, dan kepada sesapa yang tak tengok wayang nih lagi, sila tengok trailer cerita Misteri Jalan Lama kat bawah nih.

Fuhhh, memang gempak teman nengok trailer filem nih! Kalau baca sinopsis dia (sini), lagi canggih der! Jika nak diukurkan cerita nih kalau setakat tengok trailer ajer, memang nampak canggih. Ada macam cerita hantu pun ada, cerita purba pun ada, cerita magik pun ada, ala2 Lord of the Rings pun ada. Ish3x!

Tapi apekeheinya?

Teman mengaku yang teman tertarik nak tengok filem nih bila teman first time tengok teaser filem Afdlin Shauki nih masa teman tengok cerita Tintin. Memang tengok macam filem mahei (mahal) dan macam2 ada: teknik cinematography yang menarik, penggunaan filter yang kreatif, camera angle yang kadang2 senggama minda, dan penata bunyi yang menggerunkan.

Tapi setakat itu ajer la keistimewaan filem ini.

Poster nampak canggih jugak!

Pada fikiran teman, konsep asal filem ini adalah menarik, walaupun tak original sebab ada ambik idea daripada beberapa filem Hollywood lain. Tapi itu setakat konsep aje la, sebabnya bila ditukarkan konsep kepada realiti, langsung tak menjadi. Filem jadi kucar-kacir dan langsung tidak menarik minat penonton untuk menonton (teman sendiri udah menguap banyak kali dalam 15 minit pertama filem ini).

Satu cubaan yang berani dari Afdlin Shauki (berbanding dengan baget yang tak seberapa), tapi agak2 la sket brader. Takkan cerita macam ini lu mau tunjuk sama orang? Takde kualiti, brader! Para pelakon pun macam kaku semacam (termasuk la sapa2 yang dah pernah menang awards tuh). Jalan cerita entah haper2, walaupun teman ada nampak cubaan Afdlin untuk menampilkan kelainan. Tapi Raja Bunian pakai baju besi dan berperang dalam hutan?

Poster dengan grafik yang berbeza

Filem ini ternyata filem Afdlin Shauki yang terburuk sekali, selepas berjaya sebagai sutradara dalam filem2 seperti Papadom, Los dan Faun, Buli Balik, Baik Punya Cilok dan Buli. Teman tau yang Afdlin beroperasi dengan satu baget yang rendah (sebab tuh filem lambat keluar kan?) dan menghadapi beberapa konflik sepanjang pembikinan filem ini (termasuklah Que Haidar yang dah heboh kata nak bersara dari filem sejak tahun lepas, tup3x ada plak keluar filem lagi tahun ini. Nampak sangat ini filem dah lama buat!).

Tapi ini bukan alasan untuk mempersembahkan satu filem yang tidak berkualiti, kan? Teman sebagai penonton, ingin menghiburkan hati bila menonton wayang. Tapi kalau filem pun tak best, udah tentu teman tak terhibur! Lagipun, teman bukannya tengok free, teman bayar untuk masuk panggung, der! Kalau macam ini la korang buat filem, baik la teman duduk rumah ajer layan citer P. Ramlee.

Best to avoid this movie altogether! Tunggu ajer dia keluor Astro First ke (kalau nak tengok la), haper ke. Pastu download ajer memana. Setel.

Untuk meredakan sedikit hati yang tengah bengang nih, nikmati lah video klip lagu tema filem Misteri Jalan Lama nih.

.


Design a site like this with WordPress.com
Get started