Tag Archives: SongBox

Mari Berkaraoke di SongBox Jusco AU2

SongBox

Adik teman yang nama Amri tuh gians nak berkaraoke. Pecah2 kepala memikirkan kat mana kami nak melalak. Kalau nak pegi ke KTV Karaoke di Ampang Park tuh, takut orang ramai (maklum la, petang Sabtu). Lagipun kami agak malas nak keluar jauh ke KL. Orang pun terlalu ramai kat situ, disamping lagu2 yang ditakuk lama (aka takde lagu baru). Kalau ada lagu baru pun, punya la susah nak cari sebab terperuk dalam folder.

Kami teringatkan ada satu pusat karaoke yang baru bukak tak jauh dari rumah family kami, iaitu di Jusco AU2 Keramat. Mula2 kami ingatkan ianya cawangan kepada Redbox atau Greenbox, rupanya diorang tak sama. Nama kedai ialah SongBox.

Kami pergi dalam pukul 3.00pm. Parking amat la senang, kat dalam Jusco ajer. Pastu bila sampai tempat karaoke tuh, teramat la heran kami sebab tak ramai orang. Bila tanya harga, cuma RM15++ seorang untuk 2 jam (ini termasuk satu set makanan seperti nasi lemak dan air). Dalam pusat karaoke tu pulak, ada meja pool dan meja fussball.

Bilik karaoke pulak nampaknya ada 3 jenis: bilik karaoke ala2 jamban (muat2 2 orang aje), bilik medium (sesuai untuk 3-4 orang) dan bilik VIP (muat untuk 5-6 orang). Tapi TV dalam bilik agak kecik tapi cukup la untuk tengok video dan lirik. Sound system not that bad. Ada adjustment untuk semua jenis setting. Pemilihan lagu melalui panel komputer agak pelik pada mulanya, tapi lama kelamaan dah boleh adjust.

Yang paling istimewa ialah senarai lagu2 kat situ. Kalau ikut lagu2 terbaru, macam2 ada. Ada lagu terbaru Aizat, Meet Uncle Hussien, Faizal Tahir, Ungu, Bunkface, Hujan dan lain2. Lagu2 rock kapak memang tersedia ada. Tak macam pusat karaoke yang ada kat Ampang Park & Plaza Imbi tuh, pusat karaoke ini ada lagu2 terbaru dan up-to-date. Nak melalak pun syok sebab ada lagu2 baru.

Teman tengok ada jugak family dalam karaoke tuh. Elok jugak kalau karaoke ada family yang kunjung. Tak la asyik kutu rayau mana ajer yang conquer bilik. Yang pasti, takde minuman alkohol kat situ. Satu lagi, dalam bilik karaoke tak boleh nak hisap rokok. Kat luar bilik ada disediakan bilik khas untuk perokok (kecik ajer biliknya tapi siap ada ventilator lagi).

Teman akan datang lagi.


Design a site like this with WordPress.com
Get started